Cara Cara Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan


Madu memang terkenal kerana manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan. Madu dikatakan berkhasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit dan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Madu bukan sahaja digunakan untuk merawat penyakit tetapi juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan luaran. Di pasaran terdapat pelbagai jenis madu yang dijual. Ada yang asli dan ada juga yang tiruan. Kerana warna dan rasanya yang hampir sama, ramai yang tidak tahu membezakan antara madu yang asli dengan madu tiruan.

Dibawah ini ada 5 tips membezakan madu asli dan madu tiruan yang pasti dapat membantu anda membeli madu asli dan tidak tertipu dengan membeli madu tiruan.

1. Bakar Sehingga Berbuih
Untuk membezakan antara madu yang asli dan madu tiruan, anda boleh cuba dengan teknik membakar. Caranya, letakkan sedikit madu di atas sudu kemudian bakar di atas lilin. Biarkan sehingga mendidih. Madu akan berbuih dengan lebih banyak jika ia bukan madu asli.

2. Menggunakan Kertas
Tuang sedikit madu atas kertas. Jika madu tersebut tidak mudah diserap oleh kertas bermakna itu adalah madu asli . Sebaliknya jika ianya madu tiruan, madu itu akan mudah meresap dan menembus kertas itu.

3. Menggunakan Mancis
Letakkan sedikit madu ke atas mancis kemudian nyalakan mancis tersebut. Jika mancis berjaya dinyalakan bermakna madu itu adalah asli. Sebaliknya jika mancis tersebut tidak berjaya dinyalakan, bermaksud itu adalah madu tiruan.

4. Masukan Madu Kedalam Air
Titiskan sesudu madu ke dalam air kosong, jika madu itu tidak mudah bercampur dan terus ke bawah gelas bermakna itu adalah madu asli. Sebaliknya, jika madu tersebut dengan mudahnya bercampur dengan air kosong tanpa perlu mengacau bermakna itu adalah madu tiruan.

5. Masukan Madu Ke dalam Peti Sejuk
Simpan botol madu ke dalam peti sejuk, jika madu tersebut tidak membeku, maka itu adalah madu asli. Tetapi jika madu itu menjadi keras bila dikeluarkan, bermakna itu adalah madu tiruan.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget