Cara Cara Membaiki Sinki Yang Tersumbat Dengan Mudah



Kadang kala kita tidak menjangka sinki rumah kita akan tersumbat. Apa kata, sebelum anda panggil tukang paip atau orang lain untuk membaiki sinki anda, anda cuba untuk membaiki sinki anda terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya anda mencuba. Mungkin anda boleh membaikinya. Dalam masa yang sama, anda boleh mempraktikkan dan menjimatkan wang anda.

Cara Cara Membaiki Sinki Yang Tersumbat Dengan Mudah
Bahan-bahan:
  1. Baldi kecil / cawan
  2. Serbuk penaik
  3. Garam halus
  4. Cuka tiruan
  5. Air panas
  6. Pelocok
Cara Cara:
  1. Anda boleh mengeluarkan air yang bertakung menggunakan baldi kecil / cawan.
  2. Curahkan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
  3. Curahkan garam halus ke dalam lubang sinki.
  4. Curahkan cuka tiruan ke dalam lubang sinki.
  5. Biarkan bahan-bahan tersebut bertindak dalam 10 minit.
  6. Kemudian tuangkan air panas ke dalam lubang sinki tersebut.
  7. Kekotoran akan tersebut terhapus. Anda boleh pam sinki tersebut menggunakan pelocok.
SUMBER : IMPIANA
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget