Cara Cara Melegakan Sakit Perut


Selalukah anda mengalami sakit perut secara tiba-tiba? Sangat menyakitkan dan merimaskan, lebih-lebih lagi apabila sedang di tempat bekerja ataupun sedang hangout bersama-sama rakan atau keluarga, keadaan ini pasti amat menjengkelkan bukan? Namun jika terjadi sakit perut semasa di rumah itu tak menjadi masalah sangat kerana ada 3 petua melegakan sakit perut dengan mudah yang boleh anda cuba.

Berikut adalah 3 petua melegakan sakit perut dengan mudah dan percuma tanpa perlu ke klinik.

1. Susu Kambing
Renehkan susu kambing asli bersama buah tamar dan selepas itu minum selalu. Jika tiada susu kambing, susu lembu juga boleh. Jika tiada juga anda boleh mencuba susu segar yang dalam kotak sebagai alternatif.

2. Pisang Kelat
Ramas 3 biji pisang kelat yang ranum bersama kulit-kulitnya. Kemudian ambil airnya untuk di minum, anggaran minum sehingga berkurangan rasa pedih perut itu.

3. Halia
Tumbuk halia sebesar ibu jari, 5 ulas bawang putih, 5 ulas bawnag merah dan 7 biji lada hitam hingga lumat. Perahkan airnya kemudian minum sehingga makin berkurang rasa sakit perut itu.

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget