Cara Cara Hilangkan Jerawat Di Badan


Jerawat di belakang badan? Jangan disangka jerawat hanya tumbuh di muka atau wajah sahaja. Jerawat turut boleh tumbuh di badan. Sama ada di dada atau di belakang badan. Jerawat badan atau bintik-bintik halus yang tumbuh di belakang badan akan membuat tuan badan rasa tidak selesa.Terdapat pelbagai faktor jerawat badan atau bintik-bintik halus ini tumbuh di badan. Antaranya ialah faktor hormon atau faktor keturunan.

Tips Hilangkan Jerawat Di Badan
  1. Ubat-ubatan – Bertanyakan pada doktor pakar dan minta khidmat nasihatnya. Gunakan ubat-ubatan yang telah disyorkan oleh doktor. Jangan ponteng makan ubat.
  2. Jangan tidur dalam keadaan berpeluh – Pastikan badan anda kering dan tidak berpeluh ketika anda masuk tidur.
  3. Kurangkan bermain dalam keadaan panas – Sekiranya ada kerap bermain atau melakukan aktiviti luar, kulit anda akan terdedah dengan kuman dan kekotoran.
  4. Rajin tukar persalinan baju harian – Rajinkan diri untuk menukar persalinan baju.
  5. Rajin mandi – Sila rajinkan diri anda untuk mandi kerana kuman dan debu kekotoran akan menggalakkan pertumbuhan bakteria. Secara tidak langsung, makin banyak jerawat badan dan bintik-bintik halus tumbuh di badan anda.
SUMBER : REMAJA
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget