Cara Cara Atasi Sembelit


Istilah sembelit mungkin tak asing bagi kita dan mungkin ramai yang di luar sana mengalami sembelit tetapi malu nak mengaku dan ceritakan masalah ini. Sembelit atau konstipasi sering kali di sebabkan oleh kekurangan serat dalam diet. Namun terdapat pelbagai lagi yang menyebabkan sembelit. Masalah ini kebiasaanya akan di alami oleh semua orang, mahupun kanak-kanak atau dewasa.

3 Tips Mudah Atasi Sembelit :

1.  Jangan menahan Buang Air Besar.
Menahan membuang hajat akan membuat feses tertahan dan akan membuatnya semakin keras akhirnya susah di keluarkan. Jadi jangan di tahan-tahan kalau sudah sampai masa tinja itu perlu di keluarkan, lebih baik berehat sebentar di tandas kan….

2.  Senaman Olahraga.
Berolahraga sekitar 20 minit, tiga hari seminggu, dan meningkatkan sehingga 30 minit setiap hari dalam seminggu. Senaman olahraga akan membuatkan usus anda bergerak, ini akan memastikan usus cergas.

3.  Makan Buah Prune.
Buah prune merupakan buah yang kaya serat. Buah ini juga mengandung sorbitol, sejenis gula yang dapat melembutkan tinja sehingga secara semulajadi dapat membantu meredakan konstipasi. Sorbitol merupakan stimulan usus ringan yang membantu mengurangkan waktu transit tinja, dan menurunkan risiko konstipasi.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget