Biskut berharga hampir RM65,000?



WILTSHIRE - BRITAIN. Sekeping biskut yang didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08). Menurut ITV News Reports, biskut itu disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang membantu operasi menyelamat kapal Titanic.

Penumpang tersebut, James Fenwick menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak berserta nota tertulis 'Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912'. Di biskut berkenaan tertulis 'Sallers & Bakers' dan 'Pilot'. Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan akan dilelongkan melalui Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober nanti, lapor sinar harian
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget