Awek ‘Kelab Siang’



IPOH: Lazimnya pusat hiburan yang menawarkan khidmat wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) beroperasi pada waktu malam, namun sebuah premis hiburan di bandar raya ini dikesan beroperasi seawal jam 3 petang dengan menyajikan khidmat belaian wanita dari Vietnam, China dan Thailand. Taktik terbaru pusat hiburan di Jalan Leong Boon Swee, di sini, dipercayai bagi mengelak serbuan pihak berkuasa, bagaimanapun berjaya dihidu dan serbuan polis petang kelmarin, membawa kepada penangkapan 14 GRO warga asing.

Dalam serbuan jam 6.10 petang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Inspektor Nuraini Abu Hassan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga GRO berkenaan turut ditahan. Menurut sumber, serbuan polis waktu malam di beberapa pusat hiburan yang disyaki menyediakan khidmat GRO warga asing di sekitar bandar raya ini sebelum ini gagal dan susulan itu hasil intipan, pemantauan serta maklumat awam mendapati ada premis hiburan berkenaan yang mengubah waktu operasi kepada siang hari.

“Serbuan pada sebelah malam sebelum ini sering gagal membuahkan hasil, bagaimanapun hasil risikan yang dijalankan berjaya mengesan taktik pusat hiburan terbabit yang kini menawarkan khidmat GRO bermula jam 3 petang serta akan menamatkan operasi seawal jam 9 malam, lapor harian metro
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget