Apakah Demam Kepialu ?


Baru-baru ini, demam kepialu ini telah menjadi topik hangat selain dari topik berkaitan dengan jerebu yang melanda Malaysia baru -baru ini. Penulis ingin kongsikan sedikit fakta dan informasi berkaitan dengan demam kepialu ini.

Fakta Demam Kepialu 
  1. Demam kepialu turut dikenali sebagai Tifiod (Typhoid).
  2. Demam kepialu berpunca daripada jangkitan yang dikenali sebagai Salmonella typhii.
  3. Jangkitan bermula daripada makanan dan minuman yang tercemar.
  4. Simptom demam kepialu sekiranya seseorang itu dijangkiti demam kepialu ialah demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.
  5. Sekiranya jangkitan berlarutan hingga berminggu-minggu akan menyebabkan pendarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya.
Langkah Langkah Pencegahan Demam Kepialu 
  1. Sentiasa memantau tahap kebersihan sekiranya membeli makanan atau minuman di luar (restoran, kedai atau gerai)
  2. Memastikan makanan yang dimasak untuk makanan yang bersih dan baru dimasak. Minuman yang dibeli hendaklah dari sumber air yang bersih dan juga telah masak.
  3. Mendapat rawatan sekiranya tahap kesihatan tidak sihat.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget