Akibat Jika Kerap Menahan Kencing


Membuang air kecil atau kencing merupakan proses pembuangan sisa-sisa selepas proses penghadaman. Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu, bahawa tabiat suka menahan kencing untuk tempoh yang lama sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan selain mengganggu proses penyingkiran sisa-sisa dari tubuh badan.Adakah anda salah seorang yang kerap menahan kencing? Jika ya, elok jika anda hentikan tabiat itu kerana jika dibiarkan tabiat buruk ini berlarutkan, banyak risiko penyakit berkaitan saluran kencing yang mungkin anda alami kemudian.

Risiko Jika Kerap Menahan Kencing

1) Menyekat penyingkiran sisa atau kotoran dari badan – Tabiat buruk kerap menahan kencing menyebabkan sisa-sisa atau kotoran berada untuk tempoh lebih lama dalam badan kita. Ia bukan sekadar sisa tetapi kotoran itu sebenarnya berbahaya kerana boleh menyebabkan infeksi pada saluran kencing bila dibiarkan terlalu lama dalam tubuh badan kita.

2) Merosakkan Organ Penghadaman – Proses penghadaman akan terganggu setiap kali kita menahan kencing untuk tempoh yang lama dan ini akan memberi kesan kepada organ-organ yang terlibat dalam proses penghadaman, buah pinggang dan saluran kencing.

3) Kelancaran Proses Penghadaman Akan Terjejas – Bukan sahaja organ penghadaman akan rosak tetapi bila kita menahan kencing, proses penghadaman yang seterusnya turut akan terjejas.

4) Infeksi Dan Risiko Penyakit Pada Organ Penghadaman – Tabiat suka menahan kencing akan meningkatkan risiko terkena pelbagai jenis penyakit antaranya pembentukkan batu dalam buah pinggang hasil dari air kencing yang mengeras selepas terkumpul untuk tempoh yang lama. Ini dipanggil penyakit batu karang. Selain itu anda juga mungkin mengalami rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. Keadaan akan bertambah lebih teruk, bila ada individu yang tidak dapat kencing akibat kerosakkan saluran kencing.

5) Infeksi Pada Saluran Kencing – Sebenarnya air kencing mengandungi banyak bakteria dan kotoran yang boleh menjejaskan kesihatan. Bila kita menahan kencing untuk tempoh yang lama, bakteria akan mula melekat pada saluran kencing dan menyebabkan berlakunya infeksi pada saluran kencing. Untuk memastikan organ penghadaman dan saluran kencing dapat berfungsi dengan baik, pastikan anda minum air secukupnya dan hentikan tabiat suka menahan kencing.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget