50 rumah di Kg Simunul, Semporna musnah dalam kebakaran


SEMPORNA: Sejumlah 50 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, pada Sabtu. 18 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.44 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba Semporna, Fazizul Hizam Borhan, ketika sampai di kampung terbabit, bomba berdepan kesukaran kerana api sedang marak dan laluan antara rumah terlalu sempit.

Usaha mengawal api turut dibantu satu jentera dan lima anggota dari Balai Bomba Tawau, serta enam anggota dari Balai Bomba Kunak.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

Kampung Simunul adalah lokasi enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap Pengganas Sulu pada 2 Mac 2013, lapor astro awani
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget