TONTON VIDEO : Lakonan gila-gila dan happy go lucky David Beckham


JIKA sebelum ini bekas bintang bola sepak sensasi, David Beckham tidak pernah berlakon namun demi kempen iklan musim luruh terbaharu rangkaian gedung fesyen popular dunia, H&M, lain pula jadinya apabila Beckham menyerlahkan sisi gila-gila dan happy go lucky mengikut tema iklan yang dijayakannya itu. Bersama-sama pelakon komedi Kevin Hart, Beckham ternyata berjaya membawa wataknya dengan cukup berkesan sekali. Dalam video ini, Kevin perlu memainkan peranan sebagai Beckham dalam filem biografi yang mengisahkan perjalanan hidup suami Victoria Beckham itu. Bermacam aksi lucu dan menghiburkan dapat ditonton dalam video ini! Tak sangka David Beckham boleh berlakon dengan begitu natural sekali, mungkin lepas ini boleh try berlakon filem pula kan ‘Becks’? – MYNEWSHUB.CC

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget