Terkini: Semua sekolah di Pahang, Tanjung Malim tutup esok - 27 Sept 2015


PUTRAJAYA: Semua sekolah di Pahang dan Tanjung Malim, Perak diarah ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan sehingga pukul 4 petang tadi mendapati terdapat beberapa kawasan atau daerah lagi yang menunjukkan bacaan IPU tidak Sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 4 petang, Jerantut, Pahang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 119, manakala Tanjung Malim, Perak pada paras 150. Terdahulu, pada sebelah pagi KPM mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah ditutup esok.

Menurutnya, ia berikutan negeri dan bahagian terbabit mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200) pada hari ini. Sehubungan itu, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera, lapor astro awani
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget