SPRM minta henti spekulasi kehilangan Kevin



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais yang dilaporakan hilang sejak Jumaat lalu ditemui dengan secepat mungkin.

Pengarah Bahagian Siasatannya, Datuk Azam Baki berkata SPRM sangat terkejut dengan kehilangan Kevin. “Namun, saya berharap keluarga Kevin akan terus bersabar sementara menunggu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak mengesan dia (Kevin),” katanya dalam kenyataan yang dibuat Ahad.

Jelasnya, SPRM juga meminta supaya mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kehilangan Kevin Morais termasuk mengaitkan dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi itu dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat 1MDB.

“Saya sendiri mengenali Kevin Morais dengan rapat sejak berkhidmat di SPRM dan berharap semua pihak akan mendoakan keselamatan beliau,” katanya, lapor freemalaysiatoday

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget