SPRM hargai sumbangan Kevin Morais


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengabadikan nama mendiang Anthony Kevin Morais pada Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur yang akan dikenali sebagai Moot Court Kevin Morais. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mendiang.  "Seluruh warga kerja SPRM menyanjung dedikasi tinggi yang telah diperlihatkan oleh mendiang selama berkhidmat dengan SPRM," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Keputusan mengabadikan nama mendiang Kevin Morais itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM. Mendiang Kevin Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan kepada SPRM.

Moot Court MACA dikendalikan oleh Kluster Perundangan dan Pendakwaan dalam menyediakan program latihan berkaitan dengan perundangan dan pendakwaan kepada pegawai SPRM yang mengikuti latihan asas siasatan dan perundangan. Satu majlis khas mengenang sumbangan beliau akan diadakan sempena sambutan ke-48 BPR/SPRM pada 1 Oktober ini.

Dalam pada itu, dedikasi dan komitmen mendiang Kevin Morais akan menjadi semangat kepada pegawai SPRM untuk meneruskan misi SPRM, khususnya dalam kes rasuah membabitkan doktor hospital tentara kendalian beliau. Jelas Mohd Syukri, tragedi yang menimpa mendiang adalah satu lagi dugaan kepada SPRM.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melunturkan atau mematahkan semangat pegawai SPRM yang terbabit dalam siasatan kes rasuah membabitkan kes Pakar Patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran. Polis percaya doktor hospital tentera berkenaan ada kaitan dengan kematian mendiang. "Susulan ketiadaan mendiang, urusan pendakwaan kes yang dimaksudkan akan dikendalikan oleh seorang timbalan pendakwa raya kanan yang kini berkhidmat di SPRM," katanya lagi, lapor astro awani

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget