Semakan Keputusan SPA Perkhidmatan Awam Secara Online

Semakan keputusan panggilan temuduga SPA perkhidmatan awam secara talian online. Berikut adalah info mengenai cara semak dan ketahui panggilan dan keputusan temuduga SPA.

Cara Semakan Panggilan Temuduga
Tiada semakan online bagi SPA. Untuk pengetahuan anda, surat akan dihantar ke alamat rumah tetap anda untuk makluman anda berjaya dipanggil temuduga. Lokasi dan tarikh temuduga akan dicatatkan dalam surat tersebut.

Tarikh Panggilan Temuduga SPA
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

Semakan Keputusan Temuduga SPA
Bagi yang telah ditemuduga, anda boleh membuat semakan keputusan
di http://www.spa.gov.my/senarai-keputusan-temu-duga
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget