Saya tak cuba rogol artis, saya tak benci Cina – Jamal


AMPANG: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunos menyelar pihak yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan cuba merogol seorang artis tempatan, Eina Azman. Malah, beliau menolak dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai satu fitnah yang sengaja direka. “Memang saya kenal ramai artis kerana saya juga mempunyai perniagaan dalam bidang hiburan tetapi kami sekadar berkawan. Tidaklah sampai hendak melakukan perkara-perkara tak elok.

“Saya ada isteri dan keluarga. Kami hidup bahagia tetapi mungkin ada yang cemburu maka fitnah seperti itu pun direka dan disebarkan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Rabu. Baru-baru ini, beberapa blog telah memainkan isu apabila Jamal yang merupakan pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar didakwa pernah melakukan cubaan mahu merogol pelakon berkenaan. Berita itu turut disebarkan oleh pengguna media sosial menerusi laman Facebook.

Dalam pada itu, Jamal meminta semua pihak agar tidak mudah untuk mempercayai berita yang tersebar itu sebaliknya, mahu mereka berfikir secara logik sebelum menerimanya bulat-bulat. Dalam perkembangan lain, Jamal menafikan tuduhan bahawa beliau seorang individu yang membenci bangsa Cina. Tegasnya, perkara itu merupakan satu fitnah yang melampau dan direka bagi menjatuhkan perniagaan dan karier politiknya.

“Saya orang bisnes. Bodohlah saya kalau buat kenyataan tak benarkan orang Cina datang tidur di hotel atau makan di restoran saya. “Ini fitnah yang sangat terlampau. Ekoran berita fitnah itu, ramai yang menghentam saya terutama di laman-laman sosial. Apa yang menghairankan, ramai yang percaya berita fitnah itu,” katanya. Kata Jamal lagi, sejak menjadi Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, apa juga fitnah yang datang akan ditangani sebaik mungkin, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget