Rani Kulup : “Orang dewasa pun sukar dapat kerja”



KUALA LUMPUR: Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Datuk Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa Amerika Syarikat berhenti memfitnah Malaysia sebagai negara yang mengamalkan penggunaan buruh kanak-kanak. Menurutnya, tuduhan Amerika Syarikat itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Tegas beliau, perbuatan pentadbiran Washington hanya memburukkan kedudukan Malaysia di mata dunia. “Saya beri amaran kepada Amerika Syarikat, jangan fitnah melulu,” ujarnya sewaktu ditemui Free Malaysia Today di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Beliau turut mempertikaian kesahihan bukti video yang digunakan oleh Amerika Syarikat mengenai tuduhan ke atas Malaysia kerana bukti video juga boleh dipalsukan melalui lakonan. Tambah Rani, tuduhan yang mengatakan Malaysia menggunakan buruh kanak-kanak adalah mustahil kerana, orang dewasa sendiri sukar untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

“Jangan kata buruh paksa, bersepah orang dewasa yang masih belum mendapatkan pekerjaan,” jelas beliau. Manakala, bagi Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, negara-negara luar cemburu dengan keamanan yang Malaysia miliki.

“IKHLAS menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat siapakah yang memberikan maklumat yang tidak tepat ini kepada Amerika Syarikat,” katanya. Ujar beliau lagi, KDN harus melihat adakah maklumat ini diberikan oleh mana-mana parti politik ataupun pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kita juga mohon supaya pihak Kementerian Pelancongan jangan sekadar gila target untuk mendapatkan sasaran 30 juta pelancong yang masuk ke dalam negara. “Kementerian Pelancongan harus tapis terlebih dahulu pelancong yang hadir bagi menggelakkan anasir-anasir buruk masuk ke dalam negara kita,” tegasnya lagi.

Bagi Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia(IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay, beliau menjelaskan memorandum bantahan mengenai dakwaan Amerika Syarikat itu telah diserahkan kepada Ketua Pengawal Keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat, yang dikenali dengan nama Green.

“Ketua pengawal itu telah memberitahu bahawa beliau akan menghantar memorandum tersebut kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat,” katanya. “Secara jelas, ini merupakan satu pendustaan,” ujarnya. Sewaktu penyerahan memorandum itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut serta, antaranya Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget