Rani Kulup : Muhyiddin jangan sedih



PETALING JAYA: Abdul Rani Kulup Abdullah menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak bersedih setelah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu berkata, Muhyiddin perlu menerima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan hati terbuka.

“Terimalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, dia (Muhyiddin) harus bersabar dan jangan bersedih, rileks saja,” katanya kepada FMT. Abdul Rani juga menasiihatkan Muhyiddin supaya tidak terlalu beremosi di atas apa yang berlaku. “Setiap benda yang berlaku jangan sampai terbawa-bawa (emosi),” katanya.

Rani Kulup berkata, Muhyiddin meninggalkan banyak jasa sepanjang lebih enam tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri. “Muhyiddin seorang yang berpengetahuan luas serta memiliki idea yang bernas dalam menyumbang untuk pembangunan negara serta membela nasib rakyat,” katanya.

Tambahnya, setelah tidak lagi memegang jawatan dalam pentadbiran negara, Muhyiddin disarankan supaya memberi sepenuhya tumpuan kepada rakyat Johor khasnya di Parlimen Pagoh. “(Setelah tidak berjawatan lagi) baliklah ke kawasan di Pagoh, jaga elok-elok rakyat Johor dan jaga parti,” katanya, lapor freemlaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget