Rani Kulup : Menteri perlu cerdik bila bercakap



KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menentang keras cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk membuat pindaan ke atas Akta Kanak-kanak 2001.

Presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, merotan bukanlah sehingga tahap merosakkan pemikiran anak-anak tetapi lebih kepada untuk mengajar dan memberi peringatan. Sehubungan itu, Rani menegaskan supaya hentikan kenyataan untuk menggubal akta itu.

“Rakyat bukan banggang dan menteri yang bercakap mengenai isu rotan ini perlu cerdik sedikit. “Merotan ini memang ada di dalam ajaran agama Islam seperti ingin mengajar anak tidak sembahyang, merotan juga boleh digunakan untuk mendidik,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu rotan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Rani juga meminta menteri KPWKM, Datuk Rohani Karim menarik balik kenyataannya kerana undang-undang sedia ada sudah cukup dan tidak perlu diubah. “Seluruh rakyat di negara ini sangat marah dengan kenyataan Rohani itu. Penat ibu yang mengandung selama sembilan bulan, bila anak sudah besar, anak itu boleh membawa ibu bapa mereka ke mahkamah sekiranya melakukan kesalahan rotan,” jelasnya.

Tegasnya perkara tersebut tidak perlu dibincangkan lagi kerana bertentangan dengan tradisi budaya di Malaysia. Sebelum ini, Menterinya Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Rohani Karim menyatakan, cadangan pindaan ke atas Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman ke atas kesalahan merotan kanak-kanak termasuk dengan menjalani khidmat kaunseling dan khidmat masyarakat. Bagaimanapun, cadangan pindaan tersebut dibantah dan pelbagai pihak termasuk pengamal perundangan mahukan ia diperhalusi terebih dahulu sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget