Rani Kulup : Lucutkan kerakyatan Alvin



KUALA LUMPUR: Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Datuk Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa kerajaan supaya melucutkan kerakyatan blogger kontroversi Alvin Tan dan tiga lagi individu yang telah mempersendakan institusi beraja menerusi laman Facebook .

Menurut beliau, hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada mereka kerana bertindak menghasut rakyat dinegara ini dengan menghina Sultan dan juga institusi beraja negeri Selangor. “Saya mintak kerajaan halau mereka keluar dari negara ini sekiranya mereka tidak mahu ikut peraturan dan undang-undang negara,” katanya selepas membuat laporan Polis terhadap Alvin dan tiga lagi individu di IPD Dang Wangi hari ini. Beliau juga turut menggesa pihak Polis dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat Alvin Tan dan tiga individu tersebut sehingga ke akar umbi.

Jelasnya lagi, sebagai rakyat Malaysia mereka tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana Sultan merupakan tonggak kepada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. “Apa salah Sultan Selangor sehingga beliau dikutuk dan dikeji sedemikian rupa?. Saya juga kesal dengan tindakan menghina yang dilakukan Alvin yang dilihat seolah-olah tiada kesudahan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rani turut mencabar Alvin dan tiga individu tersebut supaya tampil berhadapan dengan pihak polis dan juga KDN serta bersedia untuk berhadapan dengan undang-undang. Pada masa yang sama beliau menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan dan menambah baik hukuman yang sedia ada supaya penghinaan institusi beraja tidak lagi berlaku.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay, memuji tindakan KDN bertindak membatalkan pasport Alvin. Jelasnya, tindakan segera yang dilakukan KDN terhadap Alvin akan memberi amaran kepada individu lain supaya tidak melakukan perkara yang sama dengan Alvin.

“Dengan adanya tindakan tegas seperti ini ianya akan memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan perkara yang sama termasuklah mereka yang bertindak menghina agama Islam,” katanya, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget