Punca Sebenar Kejatuhan Nilai Ringgit Malaysia RM


Ramai yang gagal untuk memahami mekanisma kenaikan nilai USD berbanding Ringgit Malaysia. Kenaikan mendadak USD sejak awal tahun ini telah meresahkan sedikit sebanyak rakyat negara ini dan lebih teruk lagi situasi ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak anti-kerajaan. Pihak anti-kerajaan ini telah mendakwa kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD adalah akibat daripada salah laku Kerajaan yang korup, tidak amanah serta menggelapkan dana awam. Tidak kurang juga tuduhan membabitkan institusi pelaburan kewangan negara, 1MDB yang dikatakan telah menghilangkan sejumlah RM42 Billion . Namun hakikat sebenar adalah terlalu jauh dari tuduhan-tuduhan tersebut.

PUNCA PENURUNAN NILAI RINGGIT DAN KENAIKAN US DOLLAR
Punca utama peningkatan USD berbanding dengan sejumlah matawang lain di seluruh dunia adalah akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai “Dollar Super-Cycle”. Fenomena ini berpunca daripada beberapa polisi fiskal Barack Obama yang diperkenalkan selepas krisis ekonomi yang US hadapi pada tahun 2008.
Antara polisi fiskal yang diperkenalkan adalah pemotongan cukai terhadap syarikat global dari negara tersebut. Ini telah mengakibatkan beberapa syarikat global menarik semula kilang dan pusat operasi mereka dari negara lain kembali ke negara asal mereka.

Polisi yang kedua pula adalah dengan mengurangkan aktiviti ketenteraan mereka di Timur Tengah yang banyak membantu meningkatkan penjimatan perbelanjaan negara tersebut.

Pengenalan kepada teknologi carigali minyak yang baru pada tahun lepas juga telah meningkatkan penghasilan minyak mentah negara tersebut kepada 2.5 kali ganda. Ini secara langsung telah meningkatkan bekalan minyak mentah di pasaran melebihi dari permintaan.

Sekaligus ini telah mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran menurun dengan sangat mendadak  (USD 110/barrel kepada USD 44/barrel). Gabungan dari semua insiden ini telah melonjakkan ekonomi US sekaligus menigkatkan nilai matawang negara tersebut berbanding dengan beberapa negara lain di seluruh dunia dan bukannya Malaysia sahaja, lapor MYNEWSHUB.CC

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget