Puasa Sampai Mati ?



India - Mahkamah Agung India menangguhkan larangan sebuah ritual kuno berpuasa sampai mati oleh komuniti agama minoriti di negara itu. Sebelum itu pengadilan tertinggi di negara itu melarang ritual Santhara, yang dipratikkan oleh sebahagian kecil pengikut komuniti agama Jain dengan alasan bahawa amalan tersebut menjurus kepada tindakan membunuh diri.

Berdasarkan sumber berita bbc , sekumpulan umat Jain mengadakan tunjuk perasaan dibeberapa tempat di negara India untuk membantah larangan ritual santhara. Kini mahkamah agung menangguhkan keputusan tersebut sambil menunggu proses pengadilan yang menyeluruh atas masalah tersebut.

Dilaporkan setiap tahun ratusan pengikut Jain berpuasa makan dan minum air. Jain merupakan kepercayaan kuno yang antara lain memegang prinsip anti kepada sebarang kekerasan. Dipercayai beberapa pengikutnya tidak makan sebarang akar pokok kerana bimbang akan melukai mahluk hidup di dunia ini. Statistik di negara India pada tahun 2011 menunjukkan bahawa terdapat sekitar 4,1 juta pengikut Jain dari jumlah penduduk negara itu - BBC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget