Polis akan panggil Tun M - BERSIH 4.0

PETALING JAYA: Polis akan menyiasat pembabitan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 minggu lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil Dr Mahathir bagi siasatan lanjut.

“Kita akan panggil beliau… beliau telah membuat ucapan dan pelbagai tuduhan, kita pun nak tahu lebih lanjut apa maksud beliau, dari mana maklumat itu diperoleh. “Contohnya kenyataan Tun katanya Ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita hendak tahu lebih lanjut… harap dia beri kerjasama,” ujarnya. Kata Khalid lagi, selain Dr Mahathir beberapa pemimpin lain yang menyertai Bersih 4.0 akan turut akan disiasat, lapor freemalaysiatoday.com

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget