Permohonan Maktab Tentera Diraja 2016 Tingkatan 4

Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD sesi 2016 Tingkatan 4. Unit kemasukan Maktab Tentera Diraja mempelawa calon PT3 Tingkatan 3 untuk mengikuti program Tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja bagi sesi tahun 2016. Untuk info, permohonan MTD 2016 kini sudah dibuka sehingga 30 November 2015. Berikut adalah langkah atau cara permohonan kemasukan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4.

Permohonan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4 Online
Borang permohonan MTD 2016 boleh didapati secara online menerusi http://www.rmc.edu.my/

Syarat Kelayakan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina- Lelaki
  • Tinggi minimum: 152 CM
  • Berat Minimum: 40.5 KG
  • Body Mass Index (BMI): 18 hingga 27
  • Ukuran Dada: 74cm (Biasa) dan 79cm (Tarik Nafas)
  • Penglihatan baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata, hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang mampu memudaratkan diri jika buat aktiviti lasak.
  • Memperoleh 7A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2015
  • Keutamaan kepada calon yang aktif dalam bidang sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform
Tarikh Tutup Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4
30 November 2015

Semakan Keputusan Maktab Tentera Diraja MTD 2016 Tingkatan 4
Hanya yang pelajar yang layak sahaja akan menerima keputusan menerusi SMS. Calon yang berjaya terpilih akan menjalani sesi temuduga terlebih dahulu sebelum berjaya dipilih untuk memasuki Maktab Tentera Diraja sesi 2016 Tingkatan 4.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget