Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2016 Tingkatan 1 Dan 4 KPM

Permohonan kemasukan SBP sesi 2016 Tingkatan 1 dan 4 KPM secara online.
Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, calon lepasan UPSR dan lepasan PT3 Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan 4 (Empat) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2016. Permohonan secara online bagi murid ke tingkatan satu (1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2016 akan dibuka mulai 1 Oktober 2015. Manakala permohonan ke tingkatan empat (4) SBP 2016 akan dibuka mulai 1 Disember 2015.

Pengumuman Terkini Permohonan Kemasukan SBP 2016
Permohonan kemasukan SBP 2016 bagi Tingkatan 1 (Satu) akan dibuka mulai 1 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Manakala tarikh permohonan SBP 2015 bagi Tingkatan 4 (Empat) akan dibuka mulai 1 Disember 2015 sehingga 30 Disember 2015. Harap Maklum

Borang Permohonan SBP 2016 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Borang Permohonan secara online boleh dibuat dilaman http://public.moe.gov.my atau  http://www.moe.gov.my/

Syarat Umum Kemasukan SBP 2016
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan
Syarat Minimum Kemasukan SBP 2016 Tingkatan 1
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid sekolah kebangsaan sahaja
  • Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
  • Aktif dalam kokurikulum
Syarat Minimum Kemasukan SBP 2016 Tingkatan 4
  • Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
  • Memperoleh 7A atau 6A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2015.
  • Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan.
  • Aktif dalam kokurikulum
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget