Mayat Kevin Morais masih berada di HKL



PETALING JAYA: Mayat mendiang Anthony Kevin Morais masih belum dituntut oleh ahli keluarganya sehingga 9.30 malam, hari Rabu. Menurut sumber, mayat masih berada di Institut Perubatan Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun polis telah memberi kebenaran kepada keluarganya untuk meneruskan proses lanjut.

“Mayat Kevin tu memang polis dah serahkan kepada keluarganya untuk urusan tuntutan mayat. Kamu (pihak media) tanyalah HKL kenapa keluarga mereka belum tuntut mayat hari ini,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin, lapor Astro Awani.

Adik mendiang, Datuk Richard Morais enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Mayat mendiang sepatutnya dituntut pada Selasa dan kemudian dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi untuk upacara lanjut. Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada Rabu lepas selepas dilapor hilang pada 4 September lalu, lapor freemalaysiatoday

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget