Lelaki Tekad Bertunang Dengan Teman Wanita Yang Meninggal Dunia


Seorang lelaki di United Kingdom untuk melamar teman wanitanya tidak terbantut meskipun gadis itu sudah meninggal dunia. Itu yang terjadi kepada Josh Thompson, seorang jurulatih tenis, yang tekad bertunang dengan Abigail Hall dua hari selepas kematian gadis itu. Di laman Facebook, Thompson, 22, memuat naik gambar tangan Hall dengan sebentuk cincin tersarung di jari manisnya.

Dalam kapsyen pada gambar itu, Thompson berkata dia dan Hall kini sudah bertunang dan Hall kini adalah 'hidupnya'. "Tiada perkataan mampu menggambarkan cinta saya padanya. Dialah semangat saya untuk melalui kehidupan setiap hari," tulis Thompson di Facebook. Difahamkan, Thompson terlebih dahulu telah memperoleh keizinan daripada ibu bapa Hall untuk berbuat demikian.

Tindakan Thompson itu mendapat reaksi positif dari keluarga dan kenalan. Ramai yang menyatakan Hall pasti akan menyukai cincin itu, dan ia nampak sangat cantik tersarung di jarinya. Hall, 18, baharu sahaja seminggu memulakan pengajian di Sheffield Hallam University dalam bidang sains bio-perubatan, ketika ditemui mati di bilik oleh rakan-rakannya, Rabu lepas. Polis yang menyiasat kematian Hall bagaimanapun menolak unsur jenayah buat masa ini, lapor astro awani
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget