Khairuddin kena denggi


PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikejarkan ke ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disyaki menghidap demam denggi. Perkara itu disahkan peguamnya, Matthias Chang.

“Beliau ketika ini di bawah pemerhatian kerana disyaki menghidap demam denggi. Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat dan saya akan tahu esok sekiranya saya boleh jumpa beliau esok,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online. Khairuddin ditahan semula di bawah akta berkenaan selepas tahanan reman ke atasnya berakhir Rabu lalu. Beliau pertama kali ditahan di kediamannya di Mont Kiara pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget