Khairuddin ditahan polis


PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di kediamannya, lewat petang Jumaat. Penahanan Khairuddin telah disahkan oleh peguamnya Matthias Chang. “Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan,” kata Chang secara ringkas, lapor Astro Awani.

Menurut isterinya, Datin Seri Umie Aida, Khairuddin ditahan di kediaman mereka di Mont Kiara, di sini kira-kira pukul 7.30 petang tadi. “15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah. Menurut Umie, polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

Sebelum itu, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung skandal membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Khairuddin, pihak polis akan mengambil keterangan beliau berkenaan bukti yang diserahkan kepada Peguam Negara Switzerland dan bakal dipanggil untuk proses siasatan di ibu pejabat PDRM Bukit Aman pada hari Isnin depan jam 11 pagi. Khairuddin juga memberitahu beliau dan peguamnya telah dilarang meninggalkan negara ini, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget