Kevin Tidak Siasat Kes 1MDB – Peguam Negara


KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwaraya, Kevin Anthony Morais yang hilang sejak Jumaat lalu tidak terlibat dalam sebarang siasatan membabitkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) seperti dihebahkan ramai pihak di media sosial.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Kevin dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 15 Julai 2014.

“Dia kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara. “Oleh itu diperjelaskan bahawa Morais (Kevin) tidak terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang berkaitan dengan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak tidak membuat dan menyebarkan sebarang spekulasi mengenai punca kehilangan Kevin sejak Jumaat lalu.

Malah, kata beliau, semua rakan sekerja Kevin di Jabatan Peguam Negara turut berkongsi keresahan seperti ahli keluarga Kevin berikutan kehilangannya. “Ingatan dan doa kami bersama mereka pada waktu ini. Jabatan Peguam Negara sedang memberi kerjasama penuh kepada polis yang sedang melakukan siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kevin sebelum ini berkhidmat di SPRM sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan sebelum dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara. Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, lapor MYNEWSHUB.CC

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget