Kevin Morais jadi mangsa culik ?



KUALA LUMPUR – Siasatan terbaru mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais (gambar kecil) mengesyaki beliau menjadi mangsa culik sekumpulan individu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, maklumat terbaru siasatan itu diperoleh selepas pihak polis menganalisis rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan Kevin Morais meninggalkan rumahnya di Jalan Duta menuju ke tempat kerjanya di Putrajaya pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, kes kehilangan Kevin Morais yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai orang hilang ditukar menjadi kes culik dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan. “Berdasarkan rakaman CCTV milik persendirian mangsa dan CCTV di laluan mangsa menuju ke tempat kerjanya, polis percaya Kevin Morais diculik,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Bagaimanapun, Zainuddin tidak mendedahkan lokasi CCTV diambil dan maklumat saksi-saksi yang membawa polis membuat kesimpulan Kevin Morais diculik, lapor kosmo,com,my

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget