Kereta dibakar, nombor casis dikikis


Bagan datoh – Pe­nemuan sebuah kereta rentung dalam kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang di sini kelmarin dikatakan satu per­buatan jenayah terancang selepas suspek dipercayai mengikis nombor casis, membuang enjin sebelum membakar kenderaan ber­kenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, setakat ini polis belum menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

“Kami telah meminta bantuan daripada Unit Forensik bagi membuat pengesahan mengenai jenis kenderaan serta pemilik­nya, namun nombor casis ken­deraan itu gagal ditemui.

“Hasil siasatan juga mendapati terdapat saksi yang terdengar bunyi letupan, tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan untuk memeriksanya.

“Setakat ini, pemilik kenderaan tidak dapat dipastikan kerana tidak ada bukti yang boleh mengaitkan kenderaan itu dengan individu yang telah diviralkan hilang ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Hutan Melintang di sini semalam, lapor kosmo online

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget