"Kehebatan" Gambar Pelakon Lucah



TAIPEI: Kad perjalanan prabayar yang menggunakan gambar pelakon lucah Jepun sebagai gambar perhiasan habis dijual hanya dalam masa beberapa jam di sini, semalam. EasyCard Corporation, dalam satu kenyataan semalam, berkata kesemua 30,000 kad perjalanan prabayar tersebut yang dicetak gambar Yui Hatano habis dijual pada pukul 4:18 pagi waktu tempatan setelah dibuka untuk jualan pada jam 12 tengah malam.

Memetik laporan AFP, kad perjalanan prabayar tersebut mendapat sambutan hangat di pasaran walaupun mendapat bantahan oleh kumpulan NGO wanita dan ahli politik tempatan. Difahamkan, terdapat dua versi kad perjalanan prabayar telah ditawarkan iaitu 'Angel' (malaikat) dan 'Demons' (iblis) yang memaparkan gambar pelakon lucah Jepun terbabit.

Kad tersebut dijual pada harga AS$15.40 (RM65) dan terhad kepada pembelian telefon sahaja sebelum pengedar mengeluarkan arahan dengan melarang penjualan kad tersebut. Kad versi 'Demons' menunjukkan Hatano memakai pakaian hitam manakala kad versi 'Angels' pula memaparkan gambar pelakon lucah tersebut memakai pakaian putih.

Syarikat tersebut memohon maaf atas kontroversi yang tercetus dan berjanji tidak akan menjual kad perjalanan prabayar yang menampilkan gambar Hatano. Walaubagaimanapun, pihak syarikat tersebut tetap dengan pendirian mereka dan mengatakan bahawa gambar yang digunakan itu tidak “lucah” sama sekali.

Susulan itu, jurucakap syarikat EasyCard Corporation, Liao Tai-Shiang berkata, syarikatnya tidak akan menjual kad yang menggunakan gambar pelakon lucah selepas ini dan berjanji bahawa keuntungan yang diterima daripada jualan kad tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada badan kebajikan. Difahamkan, walaupun syarikat tersebut telah memohon maaf atas kejadian itu, tetapi ia tidak berjaya memadamkan kemarahan ahli-ahli politik tempatan.

Semalam, ahli politik parti Kuomintang, Chung Hsiao-ping memfailkan saman terhadap Ko Wen-je (Datuk Bandar Taipei) dan Pengerusi EasyCard iaitu Tai Chi-chuan atas tuduhan pengkhianatan amanah dan penghinaan terhadap pihak berkuasa. Terdahulu, 7-Eleven dan rantaian kedai runcit utama yang lain telah memboikot penjualan kad perjalanan prabayar tersebut sebelum ia dijual di kedai tertentu, semalam, lapor malaysiandigest.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget