Kata pelabur pada Ahmad Maslan: Politik M'sia stabil



Bagaimana menilai kestabilan politik negara ini?  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan ada caranya – dengar dengan telinga sendiri pandangan pelabur.

Beliau hari ini mengambil kesempatan menceritakan pengalamannya dimaklumkan perkara itu oleh pemimpin syarikat Denmark dan Jepun kepadanya ketika hadir dalam acara syarikat baru-baru ini. “Sewaktu di meja makan saya bertanya kepada CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, mengapa mereka memilih Malaysia untuk melabur?

“Jawapan beliau ialah kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif diberikan. “Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka,” kata Ahmad di Facebook beliau hari ini.

Beliau menceritakan perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif syarikat Denmark, GN Resound di Kulai, Johor pada 2 September lalu. Sebagai bukti kepada keyakinan pelabur, Ahmad membangkitkan nilai pelaburan diluluskan kerajaan yang diumumkan kementeriannya untuk separuh pertama tahun 2015 sebanyak RR113.5 bilion dan pada separuh pertama 2014 dengan angka RM112 bilion. “Ia juga menunjukkan bahawa bukan semata-mata kepandaian kita berniaga yang menjadi tarikan pelabur, tapi kombinasi dengan kebijaksanaan kita mentadbir yang diterajui oleh DS Mohd Najib (Razak), perdana menteri yang berjaya menjaga kestabilan politik dan kemakmuran di negara ini,” katanya, lapor malaysiakini.com

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget