Kapal Selam Australia Timbul Di Pulau Pinang


SHAH ALAM - Kecoh di media sosial hari ini apabila sebuah gambar kapal selam Australia dikatakan berlabuh di Pulau Pinang hari ini. Gambar yang sedang hangat diviralkan bagaimanapun segera dijawab oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini. "Untuk makluman semua kapal selam HMAS Sheean terlibat eksesais bersama KD TAR mulai 12 – 13 Oktober 2015 di Kota Kinabalu.

"Kehadiran HMAS Sheean di Pelabuhan Awam Pulau Pinang bagi memberi peluang kepada warga HMAS Sheean untuk beristirahat dan kapal merancang untuk melaksanakan kunjungan hormat sahaja ke atas Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang," petik kenyataan media TLDM hari ini. Mengulas lanjut pihak TLDM mengatakan kapal selam HMAS Sheean akan kembali semula ke Australia selepas latihan bersama Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman milik TLDM selesai. "Selesai eksesais di Kota Kinabalu, HMAS Sheean akan kembali ke Fleet Base West, Australia," petik kenyataan itu, lapor Sinar Harian
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget