Jerebu Teruk: Senarai Sekolah ditutup esok 28 Sept 2015



PETALING JAYA: Semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak (Sri Aman, Samarahan dan Kuching) ditutup pada Isnin (28 Sept) selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200. “Berdasarkan pemantauan menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat (IPU-101-200) dan sangat tidak sihat (IPU 201-300).

“Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015,” kata Kementerian dalam kenyataan media. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian yang terlibat perlu memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan menerusi akauan twitter memaklumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta kementerian membuat pengumuman awal mengenai penutupan sekolah ekoran keadaan jerebu yang teruk. “YBDS @MahdzirKhalid have requested @KemPendidikan to make an early announcement with regards to the current haze situation. Will update soon (Mahdzir meminta kementerian membuat pengumuman awal berhubung situasi jerebu ketika ini. Akan maklumkan perkembangan tidak lama lagi),” tweetnya kira-kira jam 10.30 pagi.

Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).  Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131).



Sebelum ini, sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ditutup juga kerana jerebu dan pengumuman penutupan itu dibuat selepas jam 12 malam yang menimbulkan runggutan ibu bapa, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget