Gerakan sambut baik penangkapan Jamal


KUALA LUMPUR : Penangkapan yang dibuat polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dianggap tindakan wajar. Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Asharuddin Ahmad berkata tindak tanduknya satu ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini. “Dia merupakan satu ancaman kaum kepada keharmonian kaum kepada negara ini.

“Siapa yang mengancam keharmonian kaum di negara ini harus diambil tindakan undang-undang,” tegasnya. Jelas Asharuddin lagi, Himpunan Gerakan Merah yang dirancang untuk diadakan di Jalan Petaling sebenarnya cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini dan niat itu telah dihalang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sendiri.

“Itu pasal kita tengok hari ini, tidak ada orang yang hadir pun. Saya percaya kebanyakan orang Melayu, India dan Cina kita inginkan keharmonian,” katanya pada sidang media di Jalan Petaling pada Sabtu selepas meninjau kawasan berkenaan, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget