"FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak" - TMJ


KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakannya penyebab bola sepak negara rosak. “Pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa FAM yang telah mencemarkan imej negara selama 31 tahun, sejak di bawah pentadbiran presiden yang sebelumnya lagi," katanya dalam satu temubual yang dimuat naik di halaman Facebook, Johor Southern Tigers.

Katanya lagi, walaupun beliau tidak bersetuju dengan tindakan penyokong tetapi beliau faham ketidakpuasan hati mereka kerana menurutnya badan induk pentadbir bolasepak negara tidak serius dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.

“Ini adalah kerana, masalah utama FAM adalah ianya ditadbir oleh mereka yang tidak berpengetahuan berkenaan bola sepak, dan hanya memegang jawatan untuk kepentingan peribadi. “FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak,” katanya lagi.  Menurut beliau, jika beliau menjadi presiden FAM, tugas pertamanya adalah untuk membersihkan segala kecelaruan dalam FAM.

“Setelah 31 tahun ditadbir sebagaimana sekarang, proses permbersihan ini sahaja mungkin boleh mengambil masa sehingga setahun,” katanya. Namun begitu beliau tidak berminat untuk menjawat jawatan presiden FAM ketika ini. Pada Selasa, perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang.

Keadaan penyokong semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengena pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan. Susulan insiden itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata FAM berdepan penggantunganjika Pesuruhjaya Sukan tidak berpuas hati dengan laporan yang perlu disediakan berhubung insiden kekecohan di Stadium Shah Alam, Selasa lepas. "FAM diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan tentang insiden itu. Kita perlukan maklumat terperinci sebelum menjatuhkan sebarang hukuman," Khairy berkata, lapor astro awani
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget