Dr M: Undang-undang luar tak akan sentuh PM



Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan dikenakan sebarang tindakan ketika berada di luar negara. Menurut bekas perdana menteri itu, ini kerana operasi pencegahan pengubahan wang hanya bertindak terhadap "orang kecil" sahaja. "Jika saya melakukan pengubahan wang haram, saya mungkin ditangkap. Tetapi jika anda memegang kedudukan yang tinggi, anda dikecualikan. 

"Saya tak fikir masyarakat antarabangsa aakan melakukan sesuatu... Jika kita mendapati terdapat wang yang boleh dipersoalkan, kita bekukan akaun tetapi mereka tidak melakukan apa-apa," katanya kepada wartawan hari ini. Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan di luar negara mengenai skandal kewangan 1MDB serta individu yang dilaporkan rapat dengan Najib. Najib kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor malaysiakini

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget