Dokumentari Harimau Selatan ( JDT )Dalam History Channel


KUALA LUMPUR – Saluran History Channel akan melakukan penggambaran dokumentari bertajuk ‘Kebangkitan Harimau Selatan’. Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan, dokumentari itu akan menampilkan transformasi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. “Dokumentari daripada sebuah kelab yang berusaha keras dari penyingkiran kepada sebuah kelab yang telah membawa revolusi terhadap landskap bola sepak tempatan. “Dokumentari itu juga akan menampilkan bagaimana sokongan terhadap sukan bola sepak tempatan yang telah berkurangan pada satu-satu masa berubah menjadi kuasa besar yang menyokong pasukan itu, dengan memenuhi stadium pada setiap perlawanan,” lapor laman Facebook itu semalam. Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, dokumentari itu turut meliputi tentang usaha Tunku Ismail untuk meningkatkan taraf bola sepak Johor. – MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget