Datuk Mahfuz Omar : Ahmad Maslan menipu


PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan menipu rakyat Malaysia apabila menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad punca kejatuhan merudum nilai ringgit. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Menteri Kewangan itu terdesak untuk melindungi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Katanya, kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan Ahmad Maslan berbohong malah mengulangi pembohongan itu dalam Dewan Rakyat.

Mahfuz berkata, Ahli Parlimen Pontian itu perlu menarik semula kenyataannya dan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada sesi akan datang kerana membuat kenyataan mengelirukan dalam dewan.Ahmad Maslan sebelum ini mendakwa serangan Dr Mahathir terhadap Najib menjejaskan nilai ringgit berbanding mata wang lain.

Bagaimanapun, BNM mengeluarkan kenyataan yang menafikan dakwaan itu. Ia menyatakan punca kejatuhan ringgit adalah perkembangan global dan dalam negeri. Perkembangan global termasuklah jangkaan pelabur berhubung dengan dasar monetari bank-bank pusat utama serta trend harga minyak mentah dan gas.

Faktor-faktor dalam negeri termasuklah kebimbangan terhadap entiti berkaitan kerajaan (GLC) dan isu berkaitan penarafan tetapi tidak dinyatakan serangan Dr Mahathir sebagai punca. “Saya mendesak Ahmad Maslan bertanggungjawab untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat oleh beliau,” kata Mahfuz, lapor freemalaysiatoday

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget