Contoh Format Baru Peperiksaan UPSR Mulai Tahun 2016

Contoh format baru peperiksaan UPSR mulai tahun 2016. Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 28 September 2015, format UPSR mulai tahun 2016 akan mengurangkan soalan objektif namun melebihkan soalan objektif pelbagai bentuk seperti isi jawapan di tempat kosong. Selain itu, gred penuh 6A bagi Sekolah Kebangsaan manakala 8A bagi sekolah vernikular. Ini kerana calon Sekolah Kebangsaan akan mengambil 6 kertas peperiksaan manakala Sekolah Vernakular akan mengambil 8 kertas.

Contoh Format Baru Peperiksaan UPSR Mulai Tahun 2016
  1. Gred Penuh 6A bagi Sekolah Kebangsaan (Sebelum ni 5A) manakala Sekolah Vernakular Gred Penuh 8A (Sebelum ini 7A)
  2. Mulai UPSR tahun 2016, murid-murid di sekolah kebangsaan akan mengambil enam kertas manakala lapan kertas di sekolah vernakular.
  3. Sekolah Kebangsaan ambil 6 kertas UPSR kerana Subjek Bahasa Inggeris dipecahkan kepada dua subjek. Manakala bagi Sekolah Vernakular ambil 8 kertas UPSR kerana terdapat dua kertas untuk peperiksaan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  4. Penggredan Kertas Bahasa Inggeris dibahagi kepada dua iaitu Pemahaman & Penulisan. Oleh itu, kertas Bahasa Inggeris UPSR untuk pemahaman dan penulisan dipecahkan kepada dua gred. Manakala bagi sekolah Vernakular, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipecahkan kepada dua gred iaitu Pemahaman dan Penulisan. 
  5. Sebelum ini soalan UPSR bersifat objektif aneka pilihan (pilihan A, B, C, D) dan untuk yang baru mulai UPSR 2016 adalah objektif pelbagai bentuk (berbentuk isi tempat kosong dan suaikan dengan jawapan). Objektif aneka pilihan dikurangkan dan lebihkan objektif pelbagai bentuk.
  6. Masih mengekalkan format bertulis 100 peratus
Kesimpulannya untuk UPSR tahun 2016, soalan objektif akan dikurangkan tapi ditambah dengan soalan objektif pelbagai bentuk. Manakala, Subjek Bahasa Inggeris akan dipecahkan kepada dua gred berlainan iaitu Pemahaman dan Penulisan. Begitu juga bagi Bahasa Tamil dan Cina bagi Sekolah Vernakular. Jumlah gred penuh bagi Sekolah Kebangsaan adalah 6A dan 8A bagi Sekolah Vernakular Cina dan Tamil mulai UPSR 2016. Berbanding format UPSR terdahulu, UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas sahaja iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Sekolah Kebangsaan (6 Subjek) – Jumlah Gred 6A
  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Inggeris Penulisan
  4. Bahasa Inggeris Pemahaman
  5. Matematik
  6. Sains

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (8 Subjek)- Jumlah Gred 8A
  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Cina Pemahaman
  4. Bahasa Cina Penulisan
  5. Bahasa Inggeris Penulisan
  6. Bahasa Inggeris Pemahaman
  7. Matematik
  8. Sains

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (8 Subjek)- Jumlah Gred 8A
  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Tamil Pemahaman
  4. Bahasa Tamil Penulisan
  5. Bahasa Inggeris Penulisan
  6. Bahasa Inggeris Pemahaman
  7. Matematik
  8. Sains

Contoh Format UPSR Mulai Tahun 2016 (BM,BI, Bahasa Cina & Tamil)

Contoh Format UPSR Mulai Tahun 2016 (Sains)

Contoh Format UPSR Mulai Tahun 2016 (Matematik)

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget