Chacha Maembong Tak Sekolah ?


PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 19, berkata, perkara tersebut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama yang baharu dikenali.

"Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih.

"Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down. Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah," katanya kepada mStar Online. Chacha berkata, biarpun dia tidak menempuhi alam persekolahan, namun dia tetap belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun.

Katanya, kaedah dan subjek pembelajaran secara persendirian tiada beza dengan apa yang diajar di sekolah. "Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja, lapor mstar online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget