Bunuh Morais: Tujuh Akan Didakwa Esok


PETALING JAYA: Tujuh individu dijangka didakwa di dua mahkamah di sini dan Kuala Lumpur pada Isnin berhubung kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais. Dua daripada tujuh yang berkenaan termasuk seorang doktor tentera akan didakwa kerana bersubahat manakala lima yang lain didakwa bertindak membunuh Morais.

Pendakwaan terhadap lima yang berkenaan akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas. Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q, lapor mstar online

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget