“Benar betul naluriku..abang ditahan semula” – isteri Khairuddin


PETALING JAYA: Naluri pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida yang menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terbukti benar. Menerusi akaun Instagram, beliau meluahkan perasaan susulan penahanan semula suaminya sebaik sahaja dibebaskan.

Khairuddin ditahan reman selama enam hari yang berakhir hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 (c) kerana cuba menggulingkan kerajaan. “Benar betul naluri ku.. apa yang bakal terjadi. Abg telah dibebaskan dari Akta 124C.. tak sampai 5mins abg telah ditahan semula ,utk akta 124K, 124L, under Sosma. Subhanallah” tulisnya yang turut memuatnaik gambar suaminya bersama peguam.

Khairuddin, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan ditahan semula sebaik dibebaskan mengikut Seksyen 124 K dan 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan mensabotaj. Beliau juga didakwa melakukan jenayah dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas ) 2012 atau SOSMA. Peguamnya yang dihubungi FMT, Haniff Khatri Abdullah berkata, walaupun ditahan semula, Khairuddin tetap bersemangat tinggi dan serta tabah kerana tahu dengan apa yang dilakukannya.

“Disebalik dugaan ini, Khairuddin tetap berpuasa sunat hari ini,” katanya yang berjumpa dengan anak guamnya itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, lewat petang tadi. Haniff berkata, mengikut SOSMA 2012, pegawai polis berpangkat superintendan dan ke atas boleh menahan Khairuddin selama 28 hari tanpa perlu mendapat perintah reman daripada majistret. Khairuddin ditahan dipercayai kerana tindakannya membuat aduan kepada pihak berkuasa di beberapa negara asing berkenaan skandal 1MDB, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget