Belum Ada Keputusan Terhadap Jamal - Khairy


KUALA LUMPUR: Umno akan menunggu hasil siasatan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas beliau, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. "Mengenai sama ada tindakan disiplin akan diambil atau tidak, kita perlu menunggu siasatan polis selesai," katanya.

Buat masa ini, Khairy berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana pucuk pimpinan tertinggi parti tidak membangkitkan isu berkenaan. Pada Jumaat lalu, polis menahan Jamal yang didakwa membuat ancaman berhubung rusuhan terhadap peniaga di Petaling Street. Apabila dibebaskan pada malam Sabtu, Jamal mendakwa bahawa kenyataannya diperbesar-besarkan oleh media.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Taman Botani Perdana pada Ahad, Khairy berkata polis harus diberi ruang untuk menyiasat kes tersebut sekiranya ada unsur jenayah. Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pihak berkuasa pada awalnya patut menahan pemimpin baju merah yang cuba menghasut kebencian dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Katanya, walaupun beliau tidak membantah perhimpunan aman, penyokong baju merah bertindak melampaui batas. "Keadaan ini berlarutan terlalu lama dan menyebabkan orang ramai takut mengenai apa yang mungkin berlaku," katanya. Tariq Ismail, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman menyifatkan penyokong baju merah sebagai 'kumpulan minoriti kecewa yang dikelirukan oleh pemimpin fanatik', lapor mstar online

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget