Bekas doktor tentera antara tujuh didakwa bunuh Kevin Morais


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai tentera dan enam yang lain didakwa di Makamah Majistret pada Isnin kerana terlibat dalam pembunuhan Timbalan Perdakwa Raya, Anthony Kevin Morais. Bekas doktor tentera, Kolonel Dr. R. Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat membunuh yang dibaca bersama Seksyen 302 akta yang sama kerana kesalahan membunuh.

Sementara itu, G Gunaseekaran, R, Dinishwaran, Thinesh Kumar Ashok Kumar, M. Vishwanath, S Nimalan (pelajar) dan S. RAvi Chandran didakwa membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. Tiada pengakuan tertuduh direkodkan. Majistret Siti Radziah Kamardin menetapkan 30 November untuk sebutan semula bagi mendapatkan laporan forensik dan barang kes.

Razak Musa dan Mohd Dusuki Mokhtar mewakili pihak pendakwaan manakala peguam N. Sivanathan dan Geethan Vincent Ram mewakili tertuduh, Dr Kunaseegaran. Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya. Dia dilaporkan diculik oleh beberapa lelaki yang sebelum itu telah melanggar kereta yang dipandu mangsa. Mayat Kevin Morais dijumpai dalam tong dram yang disimen dan dicampak ke dalam parit di USJ1, Subang Jaya pada 16 September lalu, lapor freemalaysiatoday

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget