BEKAS bintang atlet Olimpik : Caitlyn Jenner Sah Tukar Nama Dan Jantina


BEKAS bintang atlet Olimpik, Bruce Jenner yang kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner secara rasminya sudah sah membuat penukaran nama dan jantinanya. Menurut laporan media tempatan, hakim telah meluluskan permohonan bapa tiri kepada Kim Kardashian itu untuk menukar nama dan jantinanya seminggu selepas dia menghantar dokumen tersebut kepada mahkamah.

Antara alasan yang tertulis dalam dokumen tersebut adalah untuk menyelaraskan atau menyesuaikan nama dengan identiti baharunya itu kelak. Caitlyn bakal memiliki sijil kelahiran dengan butir-butir peribadi yang baru dengan namanya ditukar daripada William Bruce Jenner kepada Caitlyn Marie Jenner.


Awal Jun lalu, Caitlyn telah membuat penampilan pertamanya sebagai wanita yang mensensasikan dunia hiburan tempatan dan luar negara.Keputusannya untuk tranformasi kepada wanita itu mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Kini, Caitlyn kelihatan selesa dengan imej terbaharunya dan tampak berkeyakinan dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang wanita. – lapor  Agensi/MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget