Bajet 2016: OKU mahu peruntukan khas, perkasa latihan kemahiran



KUALA LUMPUR: Golongan orang kelainan upaya (OKU) mahu kerajaan mewujudkan peruntukan khas bagi pembangunan kemahiran OKU dalam Bajet 2016.Presiden Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM), Suhairi Abdullah berkata peruntukan khas tersebut turut berperanan sebagai medium pembangunan perniagaan yang dijalankan OKU.

Ini kerana, golongan OKU yang menjalankan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka, gagal untuk meningkatkan perniagaan kerana latihan kemahiran asas yang diberikan adalah tidak berdaya saing pada masa kini. "Saya mendapat latihan di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC), Cheras dan saya rasa tahap kemahirannya sama dengan 30 tahun dulu.

" Jadi kalau boleh tahap kemahiran itu ditingkatkan sama dengan diberi orang biasa, ada tahap 1, tahap 2 sampai boleh dapat diploma, boleh buat baju jaket sekali," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Ibu Pejabat POKUAM di sini hari ini.

Malah, Suhairi juga berpendapat golongan OKU perlu mendapat akses pendidikan yang sama dengan orang lain.Pada masa sama, pusat-pusat latihan kemahiran seperti Giat Mara dan Kolej Komuniti perlulah mempunyai infrastruktur mesra OKU.

"Macam pusat latihan Giat Mara, macam Kolej Komuniti, ada peluang untuk OKU menjalani latihan tetapi masalahnya adalah tiada kemudahan asas kepada OKU dan ini yang menyukarkan kami untuk menerima tawaran untuk menjalani latihan di tempat-tempat sebegitu," jelasnya.Mengulas berkenaan peluang pekerjaan pada masa kini, Suhairi berkata sektor Kerajaan mahupun swasta telah membuka peluang yang agak luas jika dibandingkan lima tahun lalu.

Namun, masalah masih sama iaitu infrastruktur yang tidak sempurna serta tidak mesra OKU membuatkan ada antara mereka yang terpaksa menolak tawaran pekerjaan."Kita memang mahu mengubah kehidupan untuk keluar daripada garis kemiskinan, tapi pada masa sama kita perlukan sesuatu yang mampu membantu kami dari segi suasana pekerjaan yang mengambil kira keadaan kami," katanya.

Justeru, beliau mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Pembangunan Orang Kelainan Upaya (JPOKU) sentiasa serius dalam memperkasa golongan OKU. "Jadi (Jabatan) Kebajikan Masyarakat harus memadang serius perkara ini dan mereka perlu betul-betul mahu membangunkan OKU. "Bagi pihak kami pulak OKU anggota memang sentiasa memberi kerjasama, sokongan akan perkara ini," katanya, lapor astro awani
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget