Azwan Ali: Kalau saya jadi PM....


NAMA Azwan Ali sering dihimpit kontroversi ke mana saja selebriti ini melangkah. Hakikatnya itu antara cabaran yang perlu dihadam sementelah sudah lebih 20 tahun dalam industri. Perlu diakui ia bukan mudah! Sepanjang lebih dua jam bersamanya, tidak kering gusi dibuatnya apabila figura ini menceritakan siapa Azwan Ali sebenarnya dan ia bukan seperti yang dilihat sebagaimana laporan media. Bekas pramugara ini amat mudah didekati, ada soalan panas, ada isu peribadi yang akan dikongsi bersama pembaca.

Ikuti 10 soalan panas kepada artis yang cukup terkenal dengan tagline ‘ada aku kisah’..

Apa yang Azwan Ali buat sebenarnya secara sepenuh masa?

Saya buat apa kat rumah pun orang sibuk. 'Why bother?'. Masyarakat tak perlu tahu apa AA buat, mungkin mereka 'over care'. Tapi tak apa lah. Kalau saya tak muncul di TV pun, ALLAH itu Maha Pemurah. Dulu saya tak nampak. Rezeki ALLAH itu merata-rata. Selain sibuk dengan perniagaan online, saya masih menerima undangan majlis-majlis 'private' dan korporat di sana sini.

Adakah sikap provokatif itu memang sikap sebenar Azwan?

Sifat itu memang ada sebab turun daripada bapa saya. Kita jangan dipijak...jangan dilanggar. Arwah bapa saya, seorang yang pantang benda itu. Dia selalu pesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Insya-ALLAH saya akan ingat pesanan itu. Saya tak mainlah makan duit rakyat, duit kontroversi tapi apa saya buat itu bukan sampai ke tahap jahat, yang dilarang Islam. Mulut saya memang 'very the...'.

Kalau saya boleh betulkan, saya seorang yang anti-provokasi tapi jangan saya diprovok. Orang putih kata 'you die'. Kalau orang tak kacau saya tak apa lah. Tapi kalau orang cucuk saya dua kali sahaja, cuma dua kali. Kali ketiga memang kena 'fire'.

Jadi, memang akan tercetus kontroversi-kontroversi itu sebab apabila saya terlalu 'transparent'. Saya cuba elak ya tapi apabila dugaan ALLAH itu datang. Contohnya acara bagi minum cendol dan yang dihantar hanya 10 mangkuk sahaja sedangkan tetamu 40 orang. Ini berlaku di Terengganu pada 1997. Situasinya apabila penaja lari daripada perjanjian.

Saya memang melenting dan tiada selindung-selindung. Orang memerhati dan saya tak sedar bahawa orang yang memerhati itulah yang membusukkan keadaan. Semua ini berlaku kerana orang yang berjanji dengan saya tapi mungkiri.

Adakah benar Azwan sengaja cipta kontroversi ?

Kontoversi Azwan tidak sama dengan artis baru yang cari pasal. Saya dihina sedemikian rupa kemudian mereka kata saya sengaja buat kontroversi. Amboi sedapnya mulut. Tak sedar dia yang pijak Azwan dulu. Saya dah puas menelan, tapi kita tak boleh nak mengelak kerana itu lumrah manusia. Mereka akan nampak yang busuk sahaja, mereka tak kaji pun punca sesuatu isu itu berlaku.

Contohnya yang berlaku pada bulan puasa. Saya tanya elok-elok di Twitter, di mana nak makan steak. Muncul makhluk satu ini, balas … Dah kecoh pun. Walaupun ada pembela yang kata 'restoran itu pun tak tahu'.

Itu bukan isunya. Cara kamu jawab. Apalah salahnya tulis 'Abang Azwan, saya rasa boleh cuba restoran...'. Jadi, tidaklah kita rasa orang menghina. Di Kelantan, perkataan itu terlalu hina.

Kenapa Azwan sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Apa masalah rakyat jelata yang menghina Najib. Dia belum lagi liwat orang, belum lagi kencing di Dataran Merdeka, belum lagi terpekik di tengah jalan macam orang gila. Setakat dia dapat RM2.6 bilion. Kenapa benci sangat?

Hakikatnya Najib pun tahu, orang anti Datin Seri Rosmah (isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor). Bertahun-tahun cerita itu. Tapi lihat Datin Seri Rosmah...kau katalah dia apa pun. Tetap 'steady'.

Sifat Datin Seri Rosmah yang kuat ini saya sangat 'respect'. Saya nampak beliau mengatasi Najib dari segi penghinaan itu. Letak diri anda dalam keadaannya. Seingat saya, Rosmah dihina sejak hari pertama Najib berkuasa. Sekarang dah bertahun Najib jadi perdana menteri, baru nak dikecam. Kalau isterinya boleh 'survive', Najib pun mampu.

Sebelum ini, politik negara bergolak dan saya hampir-hampir hilang kepercayaan terhadap Umno. Sebab saya manusia...hanya rakyat biasa tapi saya memerhati dan saya sukakan politik.

Apabila saya kaji balik, apa saya dapat kalau sokong pembangkang? Berzaman saya tak nampak apa faedah sokong mereka. Maaf cakap. Walaupun orang kaitkan saya dengan Menteri Besar Selangor. Konon dia itu abang Azwan Ali.

Pernah keluar cerita tentang saya bercita-cita menjadi perdana menteri dan artikel itu dikeluarkan semula baru-baru ini hingga jadi viral. Ramai yang ketawakan saya kan? Tapi itu bukan artikel palsu.

Itu kenyataan saya kepada Media Hiburan (majalah hiburan keluaran Kumpulan Media Karangkraf) bertahun-tahun dulu. Sebab saya memang berangan nak jadi perdana menteri. Kalau kerusi itu diberi kepada saya, hari ini juga...kalau Najib sanggup berundurlah...memang saya cepat-cepat naik. Pertama saya hapuskan (GST) Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan minyak percuma selama sebulan.

Tadi Azwan ada sebut sokong Najib, kenapa tidak sokong abang selaku Menteri Besar Selangor. Azwan dan Mohamed Azmin ada apa-apa konflik kah?

Tidak ada konflik. Bagi saya, saya mempertahankan menyokong ke arah dia dan konco-konconya adalah perjuangan yang sia-sia. Alhamdulillah saya dapat kesedaran itu. Sokongan kepada Najib itu adalah sokongan kepada kerajaan yang terjamin.

Sekalipun Najib akan mengalami dugaannya, siapa pun naik jadi perdana menteri selepas ini dan saya yakin daripada BN, di situlah saya menyokong.

Maksudnya, sokongan itu bukan sekadar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi juga BN?

Ya. Sokongan itu kepada parti mana yang lebih menjamin. Saya berpegang kepada kata-kata ustaz bahawa kita harus hormat pemimpin.

Selagi Datuk Seri Najib kekal berkuasa, belum lagi ditangkap atau dipenjarakan...digugurkan dari jawatan perdana menteri atas kesalahan apa jua, saya akan terus menyokong dia. Sebab yang bercakap ini semua menyalak sahaja...tiada bukti pun.

Kenyataan seperti ini mungkin disalah anggap dengan dakwaan dibayar dan sebagainya. Boleh buktikan daripada akaun bank atau 'job' Azwan...ada ke dalam beberapa bulan ini Azwan puji Najib tiba-tiba dilantik Setiausaha Kanan RTM atau ambil kerusi besar di Media Prima? Habuk pun tak ada.

Adakah Azwan ahli Umno?

Saya penyokong Umno tapi Umno ada banyak-banyak Umno. Umno yang Azwan sokong adalah daripada keikhlasan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (Perdana Menteri pertama) dan pemimpin-pemimpinnya yang hebat kecuali petualang Umno. Tak payah sebutlah siapa petualang Umno.

Adakah Azwan pernah menyokong Azmin Ali di Gombak?

Saya nak jelaskan cerita lama saya yang belum pernah terdedah. Kisah saya ke penamaan calon di Sungai Pusu, Gombak. Biarlah saya berterus terang selepas hampir tiga tahun. Saya ke Sungai Pusu itu semata-mata untuk menjelaskan kepada rakyat isu kata keji dari ibu sendiri.

Apabila ibu sudah keluarkan macam-macam kenyataan, saya rasa, sayalah penyelamat untuk menjernihkan keadaan walaupun saya tidak berkata apa-apa pada hari penamaan calon itu, cukuplah saya menampakkan muka di celah-celah Azmin Ali bahawa dia tidak bersalah.

Masa itu teruk dia kena apabila hal dalaman keluarga jadi percaturan ceramah kempen pilihanraya. Saya rasa itu pengorbanan terbesar saya untuk Azmin Ali. Tapi cukuplah sokongan terhadap Azmin Ali terhenti di situ. Dia tetap abang saya. Saya tetap hormat di apabila berjumpa.

Empat sahaja soalan yang akan saya tanya apabila jumpa dia iaitu apa khabar?, bagaimana semuanya?, sedang buat apa sekarang? dan boleh 'selfie'?. Saya tak tanya berapa kerusi dia ada, berapa kerusi atas kepala dia? Saya tak akan ambil tahu apa-apa tentang politik dia. Tapi saya akan borak panjang dengan kakak iparnya, Shamsidar Tahrin tentang macam-macam perkara.

Sejak abang Azwan jadi menteri besar, ada tak yang ambil kesempatan dengan Azwan Ali?

Sejak abbang naik menjadi menteri besar sampai hari ini, tiada sebarang komunikasi antara kami. Sebelum jadi menteri besar nak jumpa dia seminit pun susah, inikan pula selepas dia menjadi menteri besar? Saya perlu jelaskan di sini kerana ramai yang datang jumpa saya minta saya sampaikan kepada Azmin untuk dapatkan tender atau projek. Pergi sendiri boleh tak? Saya tak nak duit anda, lapor sinar harian
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget